Kuih ketayap 是圆柱状,里面装满了用椰糖煮的碎椰子肉,环绕绿色煎饼皮肤,带有班兰叶的香味
Bahan-bahan:
untuk batter :
125g tepung gandum, 1 biji telur,1 cams air pandan pekat + air sejuk 220ml dan sedikit garam
untuk inti :
220g kelapa parut, 120g gula melaka, 1 camb air sejuk, 50g tepung kanji + 1 camt air, sedikit garam, 3 helai daun pandan, 1 camb minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:-
- Sediakan batter. Ayak tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang di tengah dan masukkan sebiji telur dan 1/2 daripada cecair. Bancuh campuran hingga rata.
- Pukul batter selama kira-kira 10 minit, kemudian campur baki cecair itu dan kacau hingga sebati. Tuang batter ke dalam jag.
- Sediakan intinya. Cairkan gula melaka dan gula ke dalam air. Masukkan kelapa, daun pandan yang bersimpul dan sedikit garam dan masak beberapa minit.
- Apabila adunan hampir kering, campurkan tepung kanji yang telah dibancuh.
- Masukkannya ke dalam pinggan dan sejukkan.
- Sediakan kuih. Panaskan kuali kecil dan sapukan dengan daun pandan yang bersimpul dan bercelup minyak.
- Curahkan batter ke dalam kuali, untuk membuat penkek nipis. Biarkan masak hingga kekuningan di sebelah bawahnya.
- Kikis tepinya dan angkat penkek kemudian bubuh di atas papan canai.
- Masukkan 1 camt inti ke dalamnya dan gulung dengan kemas.
食谱来自中学时代的一位马来老师
没有评论:
发表评论